H.E.L.L.O.

Sunday, December 17, 2017

Baby IF Dah Makan Solid Food For Baby!

Haaa..inilah gajet terbaru saya. Ewah gajet bunyi macam handfon baru laptop baru ipad baru pulak ye. Padahal. Tadaaaaaaaaa.....!!

Autumnz Baby Food Processor je pun. Hikhikhik


Nak dijadikan cerita, my baby IF dah tumbuh gigi pada ketika dia usia 5 bulan lebih hari tu. Memula aku cuak gak, kenapa gusi dia macam ada putih2. Mama newbies ni dah gelabah ingatkan ada ulser. Tapi, tengok baby IF aktif, tak ada pulak merengek ke apa. Yela..ulser kan sakit.

Tengok punya tengok. Lorrr...gusi nak tumbuh gigi rupanya. And setelah puas berusaha, berjaya jugak aku snap gambar gigi susu pertama anakku ini. Abaikan pic tak cukup ruang tu ye. Jenuh nak berjaya snap haa.. Sejenis mak yang excited hahhahaha.

Cenonet je gigi kan

Walaupun baby IF dan tumbuh gigi, aku belum la nak suap dia makanan. Sebab aku tekad nak tunggu dia cukup 6 bulan walaupun dalam hati macam teruja jugak nak tengok rupa dia makan camne. Mesti kiut kan. Hahhaa. Ada ke mak yang tak puji anak sendiri comel btw? Hikhikhiks.

Baby Food Processor tu lama jugak aku dah perati. Semuanya sebab nampak HanisZalikha masak untuk Yusuf Iskandar guna baby cook. But of coursela korang jangan bandingkan baby cook Hanis dengan Baby Food Processor aku ok. Yang Hanis punya tu high end kot. Yang aku punya, yang sedang-sedang oklah. Boleh steam and blend terus. Oklah tu kan. 

Awal2 dulu aku ingat nak prepare solid food anak aku dengan cara tradisional je. Maksud aku, gi steam atas dapur pastu kisar lah dengan blender rumah tu. Tapi aku tetap beli blender baru untuk baby IF la. Kang sensitif plak dia dengan rasa sambal belacan, cili bagai kalau guna blender sedia ada. Gigih la aku angkut husband aku dan baby aku pergi beli blender. Disebabkan mama noobs, aku pun beli blender biasa 1.5L tu ha..Bila balik umah, nak kisar sebijik carrot je macam omg besar sangat la pulak muatan blender ni untuk prepare puri baby aku. Baby bukan makan banyak pun. Dan aku bukan jenis buat stok banyak jugak. So, mengagau la jugak aku nk mengisar lobak nan sebatang tu sebab payah nau nak kisarnya dengan blender besar.

Maka dengan sebab tu la aku beli jugak Food Processor ni. Mula-mula nak beli kat PG MALL (sila klik link ini untuk shopping di PG Mall) tapi hampeh, kelmarin tu aku tengok ada lagi, siap dah add cart. Sekali hari aku nak proceed payment nak beli tu dah SOLD huh. Maka aku pun beli je lah kat Shopee. Alhamdulillah, dapat harga yang sangat reasonable!

Setakat sekarang, Baby IF dah makan beberapa jenis puri. Ada yang dia suka, ada yang dia kurang gemar hmm dan ada yang dia memang reject terus! Haih, sadis mak mengenang makanan yang kena reject tu. Tapi bab solid food pertama Baby IF ni, next next entry pulak lah aku sambung ok.

Til then...Cheers!

Friday, December 1, 2017

DISEMBER TIBA LAGI

Melly πŸ’– December. *hints😍*

Lebih in love bila rini harga #GAP only RM185/g! 😍😍
Bolehlah topup emas as hadiah diri sendiri. 😍😍😍




Sejak melahirkan #babyIF, semua aksesori dibukak sb yah obviously masuk labour room kena tanggalkan semya barang kemas. Lepas baby lahir, takut tajam kena baby plak so still x pakai. Yelah, newborn kan masih lembik lembut fragile bagai. Sekarang baby dah 6 bulan. Dah banyak akal. So end up masih taknak pakai sebab baby suka tarik. So Mama beli emas lain je lah. Hahahaha. Dinar? Gold Bar? Yumm..

P/s: Baby pun dah penah dapat hadiah gold bar. Mama kecik2 nenek baby bagi gelang tp sebab baby mama ni lahir boy maka tak boleh pakai gelang emas ye nak, harom. πŸ˜‚. So dia dapatlah hadiah gold bar special edition Agong 1g sempena tahun bersejarah 2017. 😍😘


Sapa nak beli emas Public Gold, bukak akaun GAP dan seangkatan dengannya, boleh roger kite ye. 😚


Tuesday, November 14, 2017

Jom Dapatkan Diskaun Online Shopping!

Siapa tak suka online shopping. Senang tak payah nak keluar drive redah panas ke redah hujan ke pastu stress takde parking bagai..ehm..sebab tu aku suka online shopping. Especially sejak jadi mama ni kan, aku nye masa nk keluar shopping limited sket sebab ada baby kecik. Hihi. Tapi, soalan yang lebih aku nak tau...

Siapa Tak Suka Diskaun??

Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..

Haa ni nak bagitau untuk online shoppers tegar (eh macam cakap kat diri sendiri ja tu), meh aku nak ajak korang shopping kat https://pgmall.my ni haa.. Untuk pembelian kali pertama, kita boleh dapat diskaun sebanyak 20% haaa.. Sebagai seorang wanita sejati (ecewah) aku yakin wanita2 di luar sana memang suka bab-bab diskaun ni. Jejaka pun boleh. No hal lah. 



Ni ha rupa PG Mall ni haa... 



Selamat membeli-belah. 
Macam-macam adaaaa.

#pgmall
#publicgold