H.E.L.L.O.

Wednesday, September 16, 2009

Jalan Tempang


Pagi tadi, sesudah sahur, saya mendapat tahu sesuatu. Sesuatu yang mengejutkan mungkin, walaupun sebenarnya saya (dan mereka) sudah mula mengesyaki sesuatu itu memang sudah berlaku.

Tak apalah, itu hak individu. Masing-masing sudah cukup dewasa untuk memilih jalan sendiri. Saya pilih jalan saya, kamu pilih jalan kamu. Bolehkah begitu?

Yang saya risau, yang saya khuatir, andainya saya turut serta ke sana bersama mereka (walaupun mereka tidak mengajak). Bukan sekali dua saya pernah memungkiri dan membelok ke bengkok haluan perjalanan. Banyak mata pernah menjadi saksi. Bertahun-tahun saya cuba kuatkan diri, saya mengaku kadangkala (mungkin juga lebih dari sekadar kadangkala) tekad saya rabak dan pernah hampir berputus asa, namun saya bersyukur di akhir hari pasti ada tangan kasih yang menarik saya kembali ke haluan asal.

Cuma, bilangan mereka yang menarik tangan saya kembali itu sudah semakin berkurangan nampaknya.

Tulisan ini bukan untuk sesiapa. Cuma untuk saya ingatkan diri sendiri, yakni apabila sampai suatu masa yang mana saya hampir rebah dengan segala macam goda, semoga saya akan ingat tulisan saya yang ini dan bangun dengan sendiri tanpa perlu harapkan tangan-tangan kasih menyambut jatuh sungkur saya.

Semoga saya mengorak langkah di jalan yang sepatutnya, biarpun langkah saya sedikit (mungkin juga banyak) tempang.





3 comments:

Anonymous said...

slmt hari raya kak mel :) tq sbb anta kad raya.mntk maaf byk2 kalu ada slah n silap.halalkn juak mkn mnum kmk selama tok.

Raja Azrul said...

selamat hari raya aidilfitri!!!!


Jalan tempang?? uiks..memang agak sastera penulisan ko, tapi sik apa...kamek cuba memahamnya!!

hehehe...

Melody M. said...

Daoz~
Selamat hari raya too, maaf zahir batin ;)

Azrul~
Mana ada sastera, cuma kadang2 aku tak suka nak cakap terang-terangan.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.