H.E.L.L.O.

Monday, September 14, 2009

Sudah selamat tiba.

Akhirnya selamat sampai juga saya ke tanah Miri semalam walaupun memandu secara solo kali ini (kebiasaannya kongsi kereta dengan adik, tapi adik masih belum mula cuti, maka dia balik sedikit lewat, naik kapalterbang). Solo tak solo sangatlah, ikut kereta ayah dari belakang. Kiranya konvoi 2 kereta lah. Rindunya saya kat rumah dan bilik saya di sini.

Beberapa sepupu masih belum tiba di sini, maka saya masih merasakan ada ruang kosong pada hari saya. Saya tak sabar mahu jumpa mereka dan bertukar-tukar cerita macam tahun lepas, dan tahun-tahun sebelumnya. Kesian kami kan, jumpa setahun sekali saja. Lusa kami akan bergerak ke Limbang pula, ke rumah datuk nenek untuk menyambut 1 Syawal.

Entah kenapa tahun ni saya rasa selamba sangat menjelang 1 Syawal. Hmm...


7 comments:

Wan Zuraida said...

terigtkan seseorg? spt sy....hihihi

Melody M. said...

teringat tak teringat sangat la. cuma macam feel nya agak kurang sikit tahun ini kot. entahlah.

herakos said...

pasal dah tua kot.. haha

Melody M. said...

uishh...

Raja Azrul said...

wow..drive solo ke Miri...

seronok ke perjalanan?? alhamdulillah selamat!! So, lepas raya nanti balik kuching drive jugak ke?? atau baik belon?? huhuhu

Melody M. said...

ye..drive solo, pecah rekod aku.. tahun lepas walaupun aku drive tp ada org lain jgk dlm kereta.

balik nanti ofkos la kena drive jugak. takkan mo tinggal kereta kat sini. huhu. tapi balik nanti adik aku akan join aku. maka tidak akan drive solo lagi. ;)

Otit said...

kelak mun aku mok balit bintulu,tumpang aa..hhaha.gila la drive smp miri..nasib sik krem tangan.haha.