H.E.L.L.O.

Friday, January 1, 2010

Goodbye 2009, Hello 2010!

Tahun Baru tiba lagi. 2009 yang berlalu diganti dengan hadirnya 2010.
Entah kenapa tahun baru kali ini saya seakan kurang bersemangat, tidak seperti tahun baru 2009 yang lalu. Mungkin saya terlalu banyak fikirkan perkara yang tidak perlu.

Tapi saya tetap gembira dan bersyukur kerana Tuhan kurniakan saya peluang untuk tetap bernafas ke tahun 2010. Semoga 2010 membawa kebahagiaan, kebaikan dan kejayaan kepada saya, dan kepada anda semua.

Salam Tahun Baru 2010!

Resolusi tahun baru? Maaf, seperti tahun-tahun terdahulu, lazimnya resolusi tahunan saya bermula pada bulan Disember. Lebih tepat lagi, 12 Disember pada setiap tahun. *senyum*
Alhamdulillah, sebahagian resolusi tahun lepas tercapai, walaupun ada sebahagian lagi terbengkalai dan masih cuba hendak digapai. InsyaAllah, dengan izin Tuhan, saya pasti berjaya merealisasikannya suatu masa kelak. Walaupun belum tiba di puncak, setidak-tidaknya saya sedang mendaki.

Anda juga begitu. Kalau hasrat tahun lalu masih belum berjaya sepenuhnya, jangan mudah mengalah! Saya doakan kita semua sama-sama sampai ke matlamat pendakian kita tahun ini.

Goodbye 2009,
Terima kasih 2009 kerana mengajar saya banyak perkara, menemukan saya dengan pelbagai manusia. Pahit atau manis, saya akan tetap kenang kamu, 2009. Takkan lupa.

Tak akan.

2 comments:

Mohd Zambri Apen said...

terasa plak I

Melody M. said...

aih zam..boh camya..ehheheh