H.E.L.L.O.

Wednesday, June 1, 2011

It's June 1st. Snoodies, Happy 8th Anniversary!


Salam Ulangtahun ke-8, Snoodies sayangku!

Dah 8 tahun, tak sangka kan? Aku rasa macam baru semalam je berkenalan ngan korang. Lucu giler bila ingat balik masa mula-mula kenal.

Yang pertama bertegur sapa ngan aku haruslah Kiah dan Nutz, sebab kami sama kumpulan masa minggu induksi. Tapi Nutz cakap aku ala-ala sombong, takmo tego dia masa induksi. Dah ko pegi buat muka serius + garang, mana aku berani weh. Jadi, aku mengendeng kat Kiah je la. Hahaha.

Pada minggu induksi jugak aku berkenalan ngan Art yang peramah sebab dia tegur aku masa aku duduk sebelah dia masa taklimat. Pastu Art kenalkan Ziera sebab Ziera geng matriks dia. Dalam hati aku, gediksnya Ziera masa tuh. Hahahha.

Juga, pada minggu induksi aku dengan gigihnya carik siapa budak nama Pearl. Anak sedara kawan mak aku, so mak aku amanatkan aku untuk cari budak ni. Bila aku dah dapat detect siapa orangnya, aku pun approach la. Penat aku berdiri sebelah dok panggil nama dia boleh buat dek je. Nasib baik aku jenis slumber redah. Kalau tak, memang tinggi jugak la perasaan malu aku sebab tak kena layan. Hahahha.

Bila dah masuk hostel, start kelas, mula kuliah, aku mula kenal dengan Wanzu dan Anira sebab selalu sama group assignment. Pastu kenal Carrie sebab Carrie baik ngan Kiah dan bilik Carrie tak jauh dari bilik aku kot.

Setiap kali ingat Snoodies, memang jadi rindu. Kalau nak diikutkan, personaliti kitorang memang beza, tapi alhamdulillah walaupun perangai berbeza, still boleh blend (walaupun kadang-kadang ada orang merajuk jugak hahaha). Tipulah kalau aku cakap dalam masa 8 tahun ni tak ada badai melanda (ecewah..macam bunyi ayat novel aje). Bak lagu P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, betul tak.

Apapun, aku just nak cakap yang aku bersyukur sangat-sangat ada sahabat macam Snoodies. Dan aku berdoa di masa akan datang, persahabatan kami masih cukup kuat untuk bertahan daripada segala ombak badai tsunami whatsoever. Tapi aku tau ini nikmat yang Tuhan pinjamkan, dan Tuhan boleh tarik bila-bila masa saja. Aku sedar semua tu. Sebab tu, aku sentiasa panjatkan doa kepadaNya untuk pelihara persahabatan kami ni. InsyaAllah.


Snoodies, sayang korang sangat-sangat. Orang lain mungkin tak tau, tapi kita sama-sama tau apa yang kita dah lalui bersama dalam masa 8 tahun ni. Words can never be enough to show how I feel.


Till our next gathering my dear Snoodies. InsyaAllah.
Miss you all lots and lots and lots!



(Pssttt...susah giler nak kumpulkan semua snoodies dalam sekeping gambar..maka entri ini kena upload 2 gambar baru cukup kuorum. Bila ada rezeki jumpa semua orang, mesti kitorang tak sempat bergambar pulak. Haih..)

2 comments:

Wan Zuraida said...

sayang snoodies. sgt bersyukur dgn nikmat shbt2 spt kamu. mendpt seorg shbt susah dan senang pun susah, dan apbl mendpt 8 org shbt susah dan senang, itu adalah satu rahmat bg sy. segala puji kepada Allah SWT.

Anonymous said...

selamat ulangtahun snoodies!!!!
marilah kita beramai-ramai pakey Android cam si scheduler....