H.E.L.L.O.

Sunday, June 5, 2011

Khairul S. Music

Hari ini aku dalam mood untuk pasang CD demo Khairul S :)

Siapakah Khairul S. Music? Nama sebenar Khairul Syukri M. Ridzuan. Nama pentas Khairul S. Nama TV yang seringkali dia cuba elakkan, Syukri Keynote. Hehehe.

First kenal dia kat event mana tah, dia tengah nyanyi lagu She's My Princess. Bunyi macam aku attend event tu jeh, padahal aku tengok video yang orang lain upload kat internet jeh pun. Pastu terus suka lagu tu sebab catchy. (Siap aku nak buat cover version 'Coz I'm Ur Princess' huhuhu tapi tak penah siap sebab idea aku stuck)

Then satu hari bila Astro buat rancangan realiti baru bernama Keynote kat TV, aku pun perasan la mamat nih cam familiar. Bila godek-godek page FB kawan aku, sah, brader She's My Princess rupanya. First few episodes rancangan Keynote kat TV, aku confuse giler. Sebab kat TV nama dia Syukri (Astro suruh pakai nama ni). Aku pulak kenal dia as Khairul S. Beberapa kali jugak lah Yasmin Hani (host) tu kena bebel aku sebab dok salah sebut nama Khairul jadi Syukri (padahal YH bukan tau pun, bukan boleh dengar pun)

Ok, itu dia serba sedikit introduction pasal Khairul S. Meh aku tunjuk gambar sikit. (Semua pic adalah copy paste from Khairul S Music FB fanpage)



Tu dia gambar masa dia join Keynote tahun lepas. KN SYUKRI dan hantar ke ntah-tak-ingat-apa-nombor hehehe. Itu gitar dia bernama Kutcher, tapi aku selalu panggil Rabbit je. Sekarang gitar itu sudah jadi arwah kalau tak silap. Huhu.


Giler panjang introduction. Padahal real intention aku nak review CD demo Khairul S yang aku dok dengar sepanjang malam ni. Aku bagitau tracklist ringkas je lah ek, esok-esok aku buat review yang lebih detail ok :)








Track List:
1. She's My Princess (2009) - favourite and first song aku dengar.
2. Irama Hati (2010) - PALING SUKA! Sebab aku yang request dia cipta lagu ni hehehe (fyi, iramahati is my nickname). Thanks a lot, Kerosyuk!! Nice! Click here for lyric of Irama Hati.

3. Kembali (2005)
4. Kamek Oghang Sayang Kitak (2009)
- lagu kiut in bahasa Sarawak :) KS, balit gik sitok!
5. Fathers' Day In Chinese Way (2008)
6. Ku Berubah (2010)
7. No Promises (2008)
8. I Just Don't Know (2007)
9. All I See Is You (2007)
- another favourite!
10. Shake n Stir (DBS Cover) (2007) -Favourite aku jugak!! Tapi ini lagu band member dia dari DBS yang compose, lain kali aku citer pasal band DBS pulak ye. Band Temjin pun ada.
11. Warna Warni (2010)
12. Tidakkanku Biarkannya Begitu (2006)
13. BeDeiBeDeiBingBing (2009)
- Favourite lagi! Ini birthday song yang cute :)
14. Ekor Cicak (2008) - lagu ni sengal! Hahaha setiap kali dengar aku teringat budak-budak kuliah aku dulu.

(Pssstt...Siapa nak dengar semua lagu di atas, dialu-alukan untuk membeli demo tersebut daripada beliau. Boleh klik link ke page dia and order. Or you guys can catch him at any of his gig ke show ke tak pun nampak dia kat tengah jalan, tahan je. Hahaha. Layan....)

No comments: