H.E.L.L.O.

Tuesday, September 6, 2011

Salam Eid Yang Terlewatkan? Eh, Raya Kan Sebulan!

Lamanya tak update blog. Kebelakangan ni, sibuk yang teramat. Sibuk dengan puasa, sibuk dengan raya. Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan kerja. (Ulangan ayat disengajakan, tandanya buat banyak jenis kerja lah tu). Sibuk dengan cinta. Eh, yang itu tipu.

Kesimpulannya, sibuk.
Kononnya. (Tapi memang betul. Nanti saya kongsi aktiviti yang memakan banyak masa itu)

Ampun maaf andai ucapan ini tiba lewat dari masanya. Tapi bukankah Syawal itu sebulan lamanya, maka tidaklah terlalu terlewat, kan? Dan saling bermaafan juga dituntut tidak kira waktu bukan hanya di hari raya, maka masih relevan, kan?


SALAM AIDILFITRI KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
MOHON AMPUN MAAF KEPADA SEMUA ATAS KHILAF DIRI INI, SEDAR MAHUPUN TIDAK.
Sesungguhnya saya ini hanyalah manusia yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Oh, cerita raya saya? Biasa saja. :)

No comments: