H.E.L.L.O.

Monday, December 5, 2011

Sakit

Sakit itu boleh jadi untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.
Sakit itu boleh jadi sebagai peringatan atas segala dosa yang tertulis.
Lewat kebelakangan ini, aku selalu sakit. Selalu tidaklah selalu, tapi jika dilihat rekod perubatan aku, tahun ni paling meriah dengan sick leave. Kadangkala aku terfikir, mungkin ini amaran dari Dia atas kelalaian aku. Aku sedar, tapi aku alpa. Leka. Hanyut.


Hmm..Berubah itu mudah. Kekal dalam perubahan itu yang payah.



Random decemberwishlist Day #5:
Mohon diteguhkan hatiku daripada terus terbuai dengan dunia.



1 comment:

Wan Zuraida said...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., dia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim)

^_^, Allah akan tolong kita.